جامعة العلوم الماليزيا2024-12-112024-12-11https://dspace.academy.edu.ly/handle/123456789/788Ciri-ciri luar biasa zink oksida (ZnO) satu dimensi merupakan bahan yang berpotensi tinggi untuk pelbagai aplikasi peranti elektrik, elektrokimia, elektromekanikal dan pengesanan. Pada pelbagai tempoh penyinaran laser berterusan selama 20 minit, 25 minit dan 30 minit, kaedah pemendapan rendaman kimia berbantukan laser (LACBD) yang mudah dan cepat telah digunakan pada substrat kaca diikuti proses pasca penyepuhlindapan selama tiga jam pada suhu 400°C. Struktur ZnO berfungsi yang dikenali sebagai mikro-nanorod dengan ciri struktur, morfologi dan optik yang berkualiti telah ditumbuhkan pada substrat kaca yang disaluti dengan lapisan penimbal logam berbeza iaitu nikel (Ni) dan titanium (Ti) menggunakan kaedah percikan frekuensi radio (RF) manakala ferum (Fe) melalui kaedah penyejatan haba. Variasi dalam analisis morfologi, kehabluran, komposisi kimia serta spektrum pemantulan, penyerapan dan penghantaran optik masing-masing telah disiasat, dibincangkan dan dikaitkan dengan perubahan terhadap tempoh penyinaran laser. Pola XRD menunjukkan bahawa bahan yang disintesis mempunyai puncak ZnO MRs (002) yang tinggi, struktur wurtzit berbentuk heksagon serta mempamerkan orientasi pilihan sepanjang orientasi paksi-c bagi semua sampel. Saiz butiran kristal telah meningkat dan masing-masing didapati berada dalam julat antara 8.88 nm hingga 12.16 nm bagi sampel yang menggunakan lapisan Ni, 4.772 nm hingga 11.955 nm bagi sampel yang menggunakan lapisan Ti dan 11.699 nm bagi sampel yang menggunakan lapisan penimbal ferum (Fe). Analisis penyebaran tenaga sinar-X (EDX) telah digunakan untuk mengenal pasti komponen-komponen terlibat dan mengesahkan komposisiCiri-ciri luar biasa zink oksida (ZnO) satu dimensi merupakan bahan yang berpotensi tinggi untuk pelbagai aplikasi peranti elektrik, elektrokimia, elektromekanikal dan pengesanan. Pada pelbagai tempoh penyinaran laser berterusan selama 20 minit, 25 minit dan 30 minit, kaedah pemendapan rendaman kimia berbantukan laser (LACBD) yang mudah dan cepat telah digunakan pada substrat kaca diikuti proses pasca penyepuhlindapan selama tiga jam pada suhu 400°C. Struktur ZnO berfungsi yang dikenali sebagai mikro-nanorod dengan ciri struktur, morfologi dan optik yang berkualiti telah ditumbuhkan pada substrat kaca yang disaluti dengan lapisan penimbal logam berbeza iaitu nikel (Ni) dan titanium (Ti) menggunakan kaedah percikan frekuensi radio (RF) manakala ferum (Fe) melalui kaedah penyejatan haba. Variasi dalam analisis morfologi, kehabluran, komposisi kimia serta spektrum pemantulan, penyerapan dan penghantaran optik masing-masing telah disiasat, dibincangkan dan dikaitkan dengan perubahan terhadap tempoh penyinaran laser. Pola XRD menunjukkan bahawa bahan yang disintesis mempunyai puncak ZnO MRs (002) yang tinggi, struktur wurtzit berbentuk heksagon serta mempamerkan orientasi pilihan sepanjang orientasi paksi-c bagi semua sampel. Saiz butiran kristal telah meningkat dan masing-masing didapati berada dalam julat antara 8.88 nm hingga 12.16 nm bagi sampel yang menggunakan lapisan Ni, 4.772 nm hingga 11.955 nm bagi sampel yang menggunakan lapisan Ti dan 11.699 nm bagi sampel yang menggunakan lapisan penimbal ferum (Fe). Analisis penyebaran tenaga sinar-X (EDX) telah digunakan untuk mengenal pasti komponen-komponen terlibat dan mengesahkan komposisiLASER ASSISTED GROWTH OF ZnO STRUCTURES IN SELECTED LOCATIONS FOR PHOTODETECTORSLASER ASSISTED GROWTH OF ZnO STRUCTURES IN SELECTED LOCATIONS FOR PHOTODETECTORS