مشروع البحث: OMNIPHOBIC SILICA SAND CERAMIC HOLLOW FIBER- BASED MEMBRANE DISTILLATION FOR DESALINATION
تحميل...
المساهمين
الممولين
رقم التعريف
358
الباحث
SABER ABDULHAMID M ALFTESSI
الوصف
pertama kajian, serbuk pasir silika dicirikan menggunakan teknik pencirian yang
berbeza. Seterusnya, SCHFM telah dihasilkan melalui gabungan teknik
penyongsangan fasa/pembakaran, dan morfologi serta kekuatan mekanikal SCHFM
diuji menggunakan SEM, mikroskop daya atom, dan ujian lenturan tiga titik. Kesan
dua parameter proses penghasilan iaitu suhu pembakaran (1300 °C hingga 1450 °C)
dan kandungan seramik (50 wt% hingga 57.5 wt%) terhadap kekuatan mekanikal,
morfologi dan ketelapan air tulen SCHFM telah ditentukan. Hasilnya, suhu
pembakaran yang paling sesuai ialah 1300 °C. Struktur morfologi seperti span dan
liang jari serta kekuatan mekanikal 78.5 MPa pada muatan serbuk seramik 55 wt%
adalah yang terbaik bagi SCHFM yang dihasilkan. Seterusnya, kajian, kesan
kedudukan lapisan FAS juga ditentukan untuk pengurangan fenomena pembasahan
dan pengenapan dalam penyulingan membran sentuhan langsung (DCMD) melalui
satu siri langkah iaitu 1) pemendapan nanopartikel silika sfera (SiNPs), 2)
pengflourinan oleh FAS17 dan 3) PVDF-HFP untuk pelekatan SiNPs ke atas
permukaan SCHFM. Pada awalnya, SCHFM adalah bersifat hidrofilik, tetapi gentian
geronggang bertukar kepada omnifobik serta menunjukkan sudut sentuhan yang tinggi
bagi semua cecair seperti air suling, minyak sawit dan etanol. Sebagai contoh, salah
satu membran yang diubah suai dikenali sebagai SiNPs-FAS-PVDF/FAS, adalah
bersifat superomnifobik ke atas air (167°) dan minyak sawit (157°), serta hampir
superomnifobik ke atas etanol (146.1°). Eksperimen DCMD dengan larutan suapan 35
g / L NaCl dan 10 mg / L asid humik telah dijalankan dengan dua membran yang
dikenali sebagai SiNPs-FAS-PVDF / FAS. Hasil menunjukkan rintangan anti-enapan
dan anti-pembasahan yang tinggi selama 100 jam tempoh operasi DCMD tanpa
pengurangan nilai fluks membran serta penyingkiran garam yang stabil. Keputusan ini
الكلمات الدالة
membran SiNPs-FAS-PVDF/FAS mempunyai potensi untuk proses penyahgaraman air laut melalui kaedah DCMD.
