مشروع البحث:
INFLUENCE OF POFA TREATMENT REGIMES, INCORPORATION OF EGGSHELL ASH, SILICA FUME, AND STEEL FIBER ON PROPERTIES OF UPOFA-BASED ALKALI ACTIVATED MORTAR

تحميل...
thumbnail.project.alt
المساهمين
الممولين
رقم التعريف
283
الباحث
محمد عمر المشري
المشرفين
منشورات
وحدات تنظيمية
الوصف
Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan mortar teraktif alkali (AAMs) dengan menggunakan gabungan abu bahanapi kelapa sawit (POFA) dengan abu kulit telur (ESA), serbuk wasap silika (SFP), dan gentian keluli (SF). Prestasi kekuatan dan kestabilan haba AAM yang disintesis telah dinilai. Pada masa yang sama, kedua-dua pembentukan fasa dan pencirian mikrostruktur turut dijalankan. Penyelidikan terdiri daripada empat peringkat yang berbeza. Peringkat pertama adalah mengenai penyiasatan kesan parameter pengisaran POFA ke atas sifat mekanikal apabila disintesis sebagai AAMs berasaskan abu bahanapi kelapa sawit terkisar (GPOFA). Keputusan menunjukkan bahawa luas permukaan spesifik POFA telah meningkat daripada 193 m2/kg kepada 1710 m2/kg pada kuantiti kisaran optimum iaitu 3 kg dan tempoh kisaran 24 jam pada kelajuan 945 rpm. Mortar teraktif alkali berdasarkan zarah ultrahalus GPOFA menghasilkan kekuatan mampatan maksimum (57.5 MPa), kekuatan lenturan (10.9 MPa), keliangan (13.1%) dan ketumpatan (2110.4 kg/m3) pada 28 hari pengawetan. Keunggulan keputusan dikaitkan dengan pembentukan isi padu fasa pengikatan utama yang lebih besar yang terdiri daripada gel kalsium silikat hidrat (C-S-H). Peringkat kedua menyiasat kesan suhu dan masa yang berbeza ke atas GPOFA dan pengoptimuman
الكلمات الدالة
INFLUENCE OF POFA TREATMENT REGIMES, INCORPORATION OF EGGSHELL ASH, SILICA FUME, AND STEEL FIBER ON PROPERTIES OF UPOFA-BASED ALKALI ACTIVATED MORTAR