مشروع البحث: LASER ASSISTED GROWTH OF ZnO STRUCTURES IN SELECTED LOCATIONS FOR PHOTODETECTORS
تحميل...
المساهمين
الممولين
رقم التعريف
266
الباحث
عبد الوهاب سالم زروق
الوصف
Ciri-ciri luar biasa zink oksida (ZnO) satu dimensi merupakan bahan yang
berpotensi tinggi untuk pelbagai aplikasi peranti elektrik, elektrokimia,
elektromekanikal dan pengesanan. Pada pelbagai tempoh penyinaran laser berterusan
selama 20 minit, 25 minit dan 30 minit, kaedah pemendapan rendaman kimia
berbantukan laser (LACBD) yang mudah dan cepat telah digunakan pada substrat kaca
diikuti proses pasca penyepuhlindapan selama tiga jam pada suhu 400°C. Struktur
ZnO berfungsi yang dikenali sebagai mikro-nanorod dengan ciri struktur, morfologi
dan optik yang berkualiti telah ditumbuhkan pada substrat kaca yang disaluti dengan
lapisan penimbal logam berbeza iaitu nikel (Ni) dan titanium (Ti) menggunakan
kaedah percikan frekuensi radio (RF) manakala ferum (Fe) melalui kaedah penyejatan
haba. Variasi dalam analisis morfologi, kehabluran, komposisi kimia serta spektrum
pemantulan, penyerapan dan penghantaran optik masing-masing telah disiasat,
dibincangkan dan dikaitkan dengan perubahan terhadap tempoh penyinaran laser. Pola
XRD menunjukkan bahawa bahan yang disintesis mempunyai puncak ZnO MRs (002)
yang tinggi, struktur wurtzit berbentuk heksagon serta mempamerkan orientasi pilihan
sepanjang orientasi paksi-c bagi semua sampel. Saiz butiran kristal telah meningkat
dan masing-masing didapati berada dalam julat antara 8.88 nm hingga 12.16 nm bagi
sampel yang menggunakan lapisan Ni, 4.772 nm hingga 11.955 nm bagi sampel yang
menggunakan lapisan Ti dan 11.699 nm bagi sampel yang menggunakan lapisan
penimbal ferum (Fe). Analisis penyebaran tenaga sinar-X (EDX) telah digunakan
untuk mengenal pasti komponen-komponen terlibat dan mengesahkan komposisi
الكلمات الدالة
LASER ASSISTED GROWTH OF ZnO STRUCTURES IN SELECTED LOCATIONS FOR PHOTODETECTORS
