مشروع البحث:
DETERMINANTS FACTORS AFFECTING WOMEN‘S EMPOWERMENT AND THE PROPOSITION OF WAQF BASED MODEL FOR MICROFINANCE IN EGYPT: AN EVIDENCE-BASED STUDY

تحميل...
thumbnail.project.alt
المساهمين
الممولين
رقم التعريف
94
الباحث
ALI HAMID IRHOUMAH NASSIR
المشرفين
منشورات
وحدات تنظيمية
الوصف
Kajian ini bertujuan untuk menilai penentu pembiayaan mikro, wakaf dan faktor yang mempengaruhi pemberdayaan wanita di Mesir, dari segi peningkatan simpanan dan pendapatan sebenar, pilihan dan penyertaan dalam membuat keputusan, hubungan sosial dan penggunaan dan kebajikan isi rumah. Kajian ini menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan sampel rawak daripada 423 wanita yang melanggan pembiayaan mikro, dan lima wawancara yang dijalankan dengan pakar dalam bidang wakaf. Kaji selidik juga telah dijalankan mengenai impak utama faktor-faktor institusi, kesan kognitif dan faktor budaya terhadap pemberdayaan wanita. Data telah dianalisis dengan menggunakan Spss dan Amos bagi menentukan kepentingan statistik dan perbezaan. Keputusan menunjukkan bahawa peningkatan dalam taraf hidup wanita yang menggunakan pembiayaan mikro dan ini menunjukkan kesan positif dari pembiayaan mikro. Manakala, dari keputusan dari wawancara menunjukkan bahawa para pakar mengesyorkan pembiayaan mikro yang digunakan berdasarkan model wakaf. Selain itu, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada wanita yang mengambil pinjaman daripada institusi pembiayaan mikro dan wawancara dijalankan dengan lima orang pakar di dalam bidang wakaf. Kajian ini dijangkan dapat memberi sumbangan dalam merapatkan jurang literatur dan meningkatkan pemberdayaan wanita
الكلمات الدالة
wawancara dijalankan dengan lima orang pakar di dalam bidang wakaf. Kajian ini dijangkan dapat memberi sumbangan dalam merapatkan jurang literatur dan meningkatkan pemberdayaan wanita.