مشروع البحث: DETERMINANTS FACTORS AFFECTING WOMEN‘S EMPOWERMENT AND THE PROPOSITION OF WAQF BASED MODEL FOR MICROFINANCE IN EGYPT: AN EVIDENCE-BASED STUDY
تحميل...
المساهمين
الممولين
رقم التعريف
94
الباحث
ALI HAMID IRHOUMAH NASSIR
الوصف
Kajian ini bertujuan untuk menilai penentu pembiayaan mikro, wakaf dan faktor yang
mempengaruhi pemberdayaan wanita di Mesir, dari segi peningkatan simpanan dan
pendapatan sebenar, pilihan dan penyertaan dalam membuat keputusan, hubungan
sosial dan penggunaan dan kebajikan isi rumah. Kajian ini menggunakan analisis
kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan sampel rawak daripada 423 wanita
yang melanggan pembiayaan mikro, dan lima wawancara yang dijalankan dengan
pakar dalam bidang wakaf. Kaji selidik juga telah dijalankan mengenai impak utama
faktor-faktor institusi, kesan kognitif dan faktor budaya terhadap pemberdayaan
wanita. Data telah dianalisis dengan menggunakan Spss dan Amos bagi menentukan
kepentingan statistik dan perbezaan. Keputusan menunjukkan bahawa peningkatan
dalam taraf hidup wanita yang menggunakan pembiayaan mikro dan ini menunjukkan
kesan positif dari pembiayaan mikro. Manakala, dari keputusan dari wawancara
menunjukkan bahawa para pakar mengesyorkan pembiayaan mikro yang digunakan
berdasarkan model wakaf. Selain itu, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada
wanita yang mengambil pinjaman daripada institusi pembiayaan mikro dan
wawancara dijalankan dengan lima orang pakar di dalam bidang wakaf. Kajian ini
dijangkan dapat memberi sumbangan dalam merapatkan jurang literatur dan
meningkatkan pemberdayaan wanita
الكلمات الدالة
wawancara dijalankan dengan lima orang pakar di dalam bidang wakaf. Kajian ini dijangkan dapat memberi sumbangan dalam merapatkan jurang literatur dan meningkatkan pemberdayaan wanita.
