مشروع البحث:
DEVELOPMENT OF GREEN QUATERNARY-BINDER HIGH STRENGTH MORTARS INCORPORATING HIGH VOLUME OF SUPPLEMENTARY CEMENTITIOUS MATERIALS

تحميل...
thumbnail.project.alt
المساهمين
الممولين
رقم التعريف
280
الباحث
رمزي جمعه الشلادي
المشرفين
منشورات
وحدات تنظيمية
الوصف
Tujuan penyelidikan ini ialah untuk memajukan kemampanan dan praktikal kuaternari pengikat mortar berkekuatan tinggi (HSGM) dan HSFRGM menggunakan paras penggantian volum tinggi simen (HVRL) dengan bahan berperekat tambahan (SCMs), iaitu abu ultrahalus hampas kelapa sawit (u-TPOFA), metakaolin (MK) dan kisaran tergranul sanga relau bagas (GGBFS) tanpa berkompromi terhadap sifat-sifat asal kejuruteraan dan ketahanannya. Oleh itu, untuk mendapatkan rekabentuk campuran ideal, pengoptimuman nisbah campuran kuaternari (QOP) telah dilakukan dalam kajian ini menggunakan kaedah susunan Taguchi L16. QOP ini menghasilkan kekuatan mampatan tertinggi (CS) serta keliangan (P%) dan penyerapan air (Abs%) yang terendah pada hari ke 3, 7, 14 dan 28 dalam regim pengawetan air (pengawetan normal, NCR). Berikutnya, penilaian jangka pendek dan jangka panjang sifat-sifat mekanikal dan pengangkutan bendalir untuk QOP dan HSGM (berjumlah 7 campuran mortar) yang didedahkan ke NCR, pengawetan stim (SCR) dan pengawetan ambien (ACR). Akhirnya, penilaian jangka pendek dan jangka panjang sifat-sifat mekanikal dan pengangkutan bendalir untuk campuran QOP yang dimuatkan 2% fiber keluli mikro (HSGFRM) dibandingkan dengan campuran kawalan (100% OPC yang dimuatkan 2% fiber keluli mikro - HSFRM). Kaedah Taguchi L16 menunjukkan bahawa nisbah campuran QOP ialah 30% u-TPOFA, 15% MK, 17.5% GGBFS dengan 0.25 nisbah air ke bahan pengikat (W/B). QOP ini menunjukkan CS relative 116.92% di samping penurunan kedua-dua P% dan Abs% masing-masing sekitar 40% dan 45% xxxiii pada hari ke 28 berbanding campuran kawalan. Peningkatan prestasi campuran QOP telah dibuktikan dan disokong oleh analisis TG dan XRD untuk mengkaji kinetik tindakbalas pozolanik. Seterusnya, prestasi QOP lebih baik berbanding campuran kawalan dan campuran binari HSGM lain apabila di dedahkan ke NCR. Ia menunjukkan peningkatan CS, kekuatan lentur (FS) dan kekuatan tegangan belahan (SpT) masing-masing 106.2, 12.7 dan 7.9 MPa pada hari ke 28 dan 116, 13.9 dan 10.1 MPa pada hari ke 90. Sementara itu, nilai terendah P%, Abs% dan kebolehtelapan klorida pantas (RCPT) yang ditunjukkan oleh QOP masing-masing bernilai 2.46%, 1.06% dan 132 Coulombs pada hari ke 28 dan 2.11%, 0.92 dan 63 Coulombs pada hari ke 90. Tambahan pula, berdasarkan ciri-ciri rejim pengawetan, campuran QOP menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada campuran kawalan dan campuran HSGM lain pada keseluruhan rejim pengawetan. Sementara itu, rejim pengawetan terbaik untuk kebanyakan HSGM khususnya QOP untuk sifat mekanikal pada hari ke 28 dan 90 ialah NCR. Sementara itu, untuk sifat pengangkutan bendalir, regim pengawetan terbaik untuk sampel yang didedahkan pada SCR. Prestasi terbaik telah ditunjukkan oleh HSGFRM yang mengandungi QOP yang juga telah disahkan menggunakan analisis FESEM. Oleh itu, campuran QOP telah menunjukkan kemampanan kepraktikalan sistem kuaternari untuk penghasilan HSGM dan HSFRGM pada paras HVRL simen dan masih mengekalkan sifat-sifat kejuruteraan yang asal
الكلمات الدالة
DEVELOPMENT OF GREEN QUATERNARY-BINDER HIGH STRENGTH MORTARS INCORPORATING HIGH VOLUME OF SUPPLEMENTARY CEMENTITIOUS MATERIALS